Sunday, November 29, 2009

Berada di IPSAH

Ahli kumpulan saya.


Pembentangan tergendala sebentar kerana masalah teknikal.

Sesi pembentangan.

Seronoknya, bila tugasan yang dibuat telah siap!

Menghadapi Ujian Akhir Kursus.

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah SK Kg. Kuantan

Tarikh: 19 November 2009 (Khamis)
Tempat: Dewan SK Kampung Kuantan







Sesi Fotografi Prasekolah


Kursus di Pulau Pangkor (16 - 18 November 2009)





Saturday, November 14, 2009

Kursus Lagi!

Di hujung persekolahan begini, saya asyik keluar untuk menghadiri pelbagai kursus. Sejak dari bulan Oktober, setiap minggu ada sahaja kursus/mesyuarat yang perlu dihadiri.

Kursus di Pangkor Holiday Resort selama 3 hari. Bersama rakan Norita, Norizan dan Nurul Baizura.


Bersama Syarifah Nur mengikuti Taklimat Data Prasekolah selama 2 hari di Hotel Putra Kuala Lumpur.


Bersama rakan sebilik Siti Hasmah ketika menghadiri Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di KL International Hotel selama 4 hari.

Wednesday, October 28, 2009

Menjadi Penceramah

Pada hari kedua di Bayu Beach Resort, saya membentangkan slot saya mengenai Aktiviti Nyanyian, Gerakan dan Genderang di kelas Prasekolah. Pengalaman selalu membuat pembentangan tugasan semasa di IPSAH banyak membantu saya supaya lebih yakin dan bersedia. Saya harap ilmu yang saya kongsikan dapat membantu guru-guru prasekolah Hulu Selangor dalam mengendalikan aktiviti di kelas.

Saya sempat update blog semasa di dewan seminar.

Menyampaikan slot.

Mengendalikan aktiviti nyanyian.

Para jurulatih utama prasekolah bersama pegawai dari PPD Hulu selangor.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Peningkatan P & P Guru-guru Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Pada 26 Oktober 2009 saya telah bertolak ke Port Dickson bagi menghadiri kursus 3 hari tersebut bertempat di Bayu Beach Resort.

Perbincangan dengan rakan jurulatih utama mengenai slot yang akan dikendalikan.

Bersiar-siar di pantai.

Saturday, October 24, 2009

Program RIMUP - Persandingan Masyarakat Melayu

Pada 21 Oktober 2009, sekolah saya mengadakan program RIMUP - Persandingan Masyarakat Melayu. Malang sekali saya tidak dapat turut bersama kerana menghadiri kursus asas gimnastik. Bagaimanapun Amirul telah mengambil bahagian sebagai pengapit pengantin lelaki.


Thursday, October 22, 2009

Kursus Asas Gimnastik

Pada 21 - 22 Oktober 2009 saya berpeluang menghadiri Kursus Asas Gimnastik di SK Bukit Sentosa. Banyak yang saya pelajari dalam kursus ini. Tidak banyak gambar yang dapat saya ambil kerana tidak membawa kamera. Saya akan berusaha mendapatkan gambar saya dari guru lain yang membawa kamera. Setelah kami didedahkan dengan berbagai aktiviti gimnastik artistik, kami diminta membuat satu persembahan 5 minit yang akan diadili oleh para jurulatih. Yang menariknya, kumpulan saya berjaya menjadi johan!

Bersama Siti Rusilah (SK Rasa) yang sudi menumpangkan saya pergi dan balik selama 2 hari. Terimakasih banyak!

Imbangan atas perut.

Piramid besar.

Piramid bertiga.

Anak-anak saya mencuba salah satu aktiviti piramid manusia.


Tuesday, October 20, 2009

Selamat Harijadi Amirul!

Hari ini genap 11 tahun usia Amirul. Kawan-kawan karib turut mengucapkan tahniah. Kebetulan di sekolah ada latihan kecemasan dan demontrasi memadamkan kebakaran yang disertai oleh pihak bomba.

Saturday, October 17, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK

Sambutan tersebut telah diadakan pada 16 Oktober 2009. Suami saya yang juga AJK PIBG sekolah turut menghadirinya.

Sehari sebelum majlis, kami memasak ketupat pulut sebagai satu sumbangan kami untuk majlis tersebut.

Fatiha turut mengambil bahagian dalam acara persembahan.

Saya bertugas sebagai jururakam video.

Antara warga sekolah dan tetamu yang turut hadir.

Suami saya bergambar dengan kumpulan Mamat Badut yang turut beraksi dalam persembahan silap mata dan lawak jenaka.

Thursday, October 15, 2009

Rumah Terbuka Aniswal

Pada 11 Oktober 2009, kami sekeluarga telah berkunjung ke rumah terbuka Aniswal, sepupu suami saya.


Kak Long dan Aniswal.

Suami saya dan abangnya, Ariff.

Tuesday, October 13, 2009

Kursus P & P Berkesan Guru Cemerlang Hulu Selangor

Pada 12 - 14 Oktober 2009, saya telah menghadiri kursus tersebut bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur.


Fatiha turut menghantar hingga ke dalam bilik.

Bersama Edi dan Fatiha di lobi hotel menunggu untuk mendaftar masuk.



Sunday, October 11, 2009

Mesyuarat AJK Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan

Pada sebelah petang pula, saya dan suami menghadiri mesyuarat AJK Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan. Malam pula kami ke rumah terbuka Cikgu Ismail.