Showing posts with label mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label mesyuarat. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Pada 7 Februari 2010, saya dan suami saya telah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah saya. Mesyuarat bermula 8.00 pagi dan berakhir lebihkurang 1.00 tengahari.

Selain sebagai setiausaha PIBG, saya juga bertugas mengambil gambar sewaktu acara perasmian.


Suami saya juga turut membantu saya sebagai jurugambar.


Ini mesyuarat akhir saya sebagai Setiausaha PIBG sejak tahun 2005 kerana Guru besar telah melantik Setiausaha yang baru untuk 2010. Saya lega kerana dapat menumpukan kepada tugas-tugas lain.


Barisan Jawatankuasa PIBG yang baru. Suami saya turut dilantik semula sebagai AJK bagi tahun yang kedua.

Sunday, October 11, 2009

Mesyuarat AJK Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan

Pada sebelah petang pula, saya dan suami menghadiri mesyuarat AJK Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan. Malam pula kami ke rumah terbuka Cikgu Ismail.


Thursday, June 18, 2009

Menghadiri Cermah Motivasi dan mesyuarat

Pada 17 Jun 2009 saya sebagai setiausaha PIBG sekolah saya berpeluang mendengar ceramah motivasi daripada Tn. Haji Hushim bin Salleh yang merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal. Ceramah beliau bertajuk 'Kecemerlangan Sekolah Melalui PIBG'.

Pada sebelah petang pula saya menghadiri mesyuarat pengurusan Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Hulu Selangor bertempat di SK Kuala Kubu Bharu.
Saya bersama Bizahara.

Sunday, April 12, 2009

Melawat Anak di Asrama


Pada 11 April 2009, cuti ganti hariraya yang dijadualkan telah ditunda. Rasanya hari inilah baru saya nikmati cuti hujung minggu. Cuti pun tidak ke mana kerana Amirul ada kelas tambahan. Kalau ikut takwim, memang setiap Sabtu ada aktiviti. Alhamdulillah saya sihat dan tidak tension. Tadi, 12 April 2009, saya dan suami menghadiri mesyuarat Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Kg. Kuantan. Petang pula kami melawat Hazim dan Halimi di Behrang. Dapatlah saya menjamu mereka dengan lauk-pauk yang saya bawa dari rumah. Waktu balik ke rumah, kami singgah ke Jalan Fraser untuk mengambil air bukit. Fatiha, Fatimah dan Amirul ambil kesempatan untuk mandi-manda.

Sunday, April 5, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Pada 4 April 2009, saya mengikuti kursus Perkembangan Staff di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Manakala pada 5 April pula saya dan suami menghadiri mesyuarat AJK PIBG.

Walaupun ada kursus dan mesyuarat pada hujung minggu, saya rasa tidak terbeban kerana selepas itu saya boleh balik ke rumah dan habiskan masa bersama keluarga. Yang penting masa itu digunakan sebaiknya.

Minggu ini kami tidak dapat melawat anak-anak di Behrang. InsyaAllah minggu depan, kami akan mencari masa untuk pergi melawat.

Saturday, March 28, 2009

Mesyuarat Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan

Pada 28 Mac 2009, jam 2.30 ptg, saya dan suami saya telah menghadiri mesyuarat tersebut. Anak-anak saya, Amirul dan Fatimah bersekolah agama di sini. Bahkan Hazim dan Halimi pun dulu bersekolah di sini. Dalam mesyuarat tersebut saya dan suami saya turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.

Sunday, February 15, 2009

Menghadiri Mesyuarat Pentadbiran dan Pemanduan Guru Cemerlang

Pada 13 Februari 2009 saya telah menghadiri mesyuarat tersebut. Sebenarnya pada tahun lepas saya telah diberi tawaran pemangkuan sebagai guru cemerlang, dan sepatutnya ada Jemaah Nazir yang akan memantau kerja-kerja saya sebelum diberi pengesahan sebagai guru cemerlang. Bagaimanapun kerana sibuk dengan tugas-tugas harian di sekolah, saya tidak membuat sebarang persediaan 'luarbiasa' untuk menerima kedatangan mereka. Saya sendiri semacam fobia untuk mengistiharkan kepada sesiapa bahawa saya ini adalah guru cemerlang.

Dengan menghadiri mesyuarat ini, saya dapat gambaran apa yang dikehendaki oleh Jemaah Nazir, dan saya akan cuba usahakan sedikit demi sedikit.

Wednesday, September 24, 2008

Balik Dari Mesyuarat

Tengahari tadi saya balik dari menghadiri mesyuarat 3 hari di KL - Putra Hotel. Walaupun pertama kali menghadiri mesyuarat pada bulan puasa namun saya rasa lebih relek dan tidak terganggu langsung. Maklumlah, sejuknya aircon hotel menyebabkan tidak terasa langsung diri sedang berpuasa.

Saya bersama dengan rakan-rakan dari KL, Sarawak, Perak dan Selangor.