Friday, June 18, 2010
Thursday, March 18, 2010
Cuti Pertengahan Semester 1
Saturday, December 19, 2009
Sunday, December 6, 2009
Pertemuan Semula
Saya menghadapi peperiksaan pada 7 dan 8 Disember 2009. Mudah-mudahan dapat jawab semua soalan. Targetnya bukan untuk setakat lulus, tetapi cemerlang, Insyaallah!
Monday, August 24, 2009
Kuliah di IPSAH
Saturday, June 13, 2009
Leganya Pulang ke Rumah
Thursday, June 11, 2009
Balik ke Rumah
Wednesday, June 3, 2009
Aktiviti di IPSAH
Sebenarnya pagi tadi saya mendapat berita kematian ibu saudara saya di kampung. Bukannya tidak sedih, tapi aktiviti saya hari ini menjadikan saya tidak berpeluang untuk melayan perasaan. Selain dari mengikuti kuliah dan membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah, saya juga bertindak sebagai ketua kumpulan. Kemuncak kesibukan saya hari ini bila saya hanya ada masa untuk makan tengahari pada pukul 7.00 malam. Tapi apa yang penting, saya sihat dan boleh bergerak cergas.
Tuesday, June 2, 2009
Kembali Ke IPSAH
Friday, March 27, 2009
Mengajar Semula
Dari IPSAH, saya tiba di rumah malam sebelum hari persekolahan bermula. Alhamdulillah, saya cukup sihat untuk meneruskan tugas pada keesokan harinya. Kalau difikirkan semula macam tak percaya saya boleh berjaya meneruskan 9 hari tersebut. Kuliah bermula dari seawal 7.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dengan 2 ujian dan 2 peperiksaan pula. Cuma kesal kerana tidak dapat memasak untuk anak-anak yang balik dari asrama. Bahkan saya tidak berjumpa langsung dengan Hazim. InsyaAllah hari Ahad ini saya akan berkunjung ke asrama mereka.
Tuesday, March 24, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Berada di IPSAH
Friday, March 13, 2009
Balik Ke IPSAH
Thursday, December 11, 2008
Buat Assignment
Sejak dari cuti Raya Haji tempoh hari sehingga kini, saya dan rakan-rakan seperjuangan kian sibuk dengan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah yang perlu dihantar sebelum hari terakhir 18 Disember nanti. Pada hari terakhir nanti, kami akan menghadapi ujian Tamadun Islam. Jadi, ulangkaji juga perlu dilakukan. Terkenang jugalah semasa zaman belajar di maktab dahulu. Tapi sekarang ini zaman serba canggih. Dulu guna mesin taip, sekarang dah guna komputer. Dulu cari bahan dalam buku rujukan, sekarang dah boleh cari bahan dalam internet. Sunday, November 30, 2008
Jadi Seorang Pelajar IPG

Bermula dari 17 November, bermulalah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar Institut Pendidikan Guru sehinggalah empat tahun lagi bagi mencapai impian sebagai seorang guru yang berijazah. Kami akan berkampung di Kampus IPSAH ini setiap cuti penggal manakala pada waktu persekolahan nanti ada juga tugasan yang diberi oleh pensyarah. Bagi semester pertama ini, cuma ada 4 mata pelajaran iaitu Tamadun Islam Asia, Pendidikan Sumber, English Language Profiency dan Murid Alam Belajar.
Tuesday, November 18, 2008
Mendaftar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

Peserta kursus yang sama dengan saya adalah seramai 22 orang. Kami diberi masa 2 hari untuk pengurusan. Kuliah akan bermula esok seawal 7.30 pagi dan berakhir 5.30 petang. Masa rehat cuma ada setengah jam pada pukul 10 dan sejam pada waktu tengahari. Walau bagaimana pun saya berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh di samping menunjukkan contoh dan menyalakan semangat anak-anak untuk belajar lebih gigih.
Pada hujung minggu ni saya terpaksa juga balik ke Batang Kali untuk menguruskan beberapa perkara tentang pengajian saya.

.jpg)
.jpg)






.jpg)

