Pada 8 Ogos 2010 yang lalu, Fatimah dan Fatiha telah menyertai persembahan nyanyian dan gerakan dalam majlis penutup Program Jelajah 1Malaysia anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor bertempat di Balairaya Kampung Sungai Masin.
Showing posts with label Fatimah. Show all posts
Showing posts with label Fatimah. Show all posts
Friday, August 13, 2010
Thursday, March 18, 2010
Monday, June 29, 2009
Minggu Sains dan Matematik
Pada minggu lepas SK Kg Kuantan telah menjalankan Minggu Sains dan Matematik di mana banyak pertandingan yang telah dianjurkan. Fatimah turut memenangi tempat kedua dalam pertandingan yang dijalankan. Dia dan Amirul turut memenangi hadiah bagi pertandingan Eksplorace. Sebagai seorang ibu, saya menggalakkan anak-anak saya agar berani mencuba sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.Saturday, June 20, 2009
Program Mesra Rakyat
Pada 20 Jun 2009 saya dan anak-anak berkesempatan untuk menghadiri program tersebut yang dianjurkan oleh KEMAS dan JKKKP Kg. Kuantan. Amirul, Fatimah dan Fatiha turut mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Saya sendiri mengambil bahagian dalam Pertandingan Menghias Kek. Saya juga turut melihat demontrasi memasak Chichen Chop. Di bawah ini saya sertakan resepi untuk dikongsi bersama.Bahan A: Tepung gandum campur dengan sedikit lada sulah dan garam lalu digaul.
Bahan B: Telur campur garam dan lada sulah lalu dipukul.
Bahan C: Serbuk roti
Cara membuatnya: Salutkan kepingan ayam dengan bahan A, seterusnya bahan B dan akhir sekali bahan C. Selepas itu terus goreng ayam dalam minyak yang panas. Sedap dimakan dengan sos lada hitam.


Labels:
Amirul,
catatan,
Fatiha,
Fatimah,
Pertandingan
Tuesday, June 2, 2009
Kembali Ke IPSAH
Pada 31 Mei 2009 di kala semua warga sekolah sedang menikmati keindahan percutian, saya akan bergelut semula dengan nota-nota kuliah dan kerja kursus di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Saya dijadualkan menaiki bas dari Bandar Baru Batang Kali pada 30 Mei jam 3.00 petang. Malangnya kerana rosak, bas lewat sehingga 2 jam. Suami saya serta dua orang putri saya turut menemani saya menunggu bas.
Monday, May 18, 2009
Sambutan Hari Guru
Pada 18 Mei 2009, sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. Selain dari menjadi Setiausaha sambutan saya juga bertugas sebagai AJK persembahan dan buku program. Berikut adalah gambar-gambar semasa sambutan Hari Guru tersebut.
Amirul dan rakannya Muntasir bertugas mengambil gambar serta rakaman video.
Amirul, Muntasir dan Solehuddin merupakan rakan karib. Mereka bertiga telah menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Guruku'.
Turut diadakan penyampaian hadiah untuk pertandingan mereka kad Hari Ibu. Amirul telah mendapat tempat pertama.
Fatimah turut menyampaikan hadiah kepada guru kelasnya Puan Faezah.
Monday, April 27, 2009
Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan
Pada minggu ini kami sekeluarga sungguh sibuk. Amirul, Fatimah dan Fatiha tiap-tiap hari ada latihan sukan di sekolah. Pada 25 April suami saya menyertai gotong-royong persiapan hari sukan. Manakala saya sendiri pada 24 dan 25 April berkursus di PKG Kalumpang.
Sukan sekolah telah berlangsung dengan meriah pada 26 April. Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan.
Fatiha mengambil bahagian dalam acara prasekolah.
Fatiha cuma dapat tempat ketiga, tak apa sayang!Sunday, April 12, 2009
Melawat Anak di Asrama

Pada 11 April 2009, cuti ganti hariraya yang dijadualkan telah ditunda. Rasanya hari inilah baru saya nikmati cuti hujung minggu. Cuti pun tidak ke mana kerana Amirul ada kelas tambahan. Kalau ikut takwim, memang setiap Sabtu ada aktiviti. Alhamdulillah saya sihat dan tidak tension. Tadi, 12 April 2009, saya dan suami menghadiri mesyuarat Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Kg. Kuantan. Petang pula kami melawat Hazim dan Halimi di Behrang. Dapatlah saya menjamu mereka dengan lauk-pauk yang saya bawa dari rumah. Waktu balik ke rumah, kami singgah ke Jalan Fraser untuk mengambil air bukit. Fatiha, Fatimah dan Amirul ambil kesempatan untuk mandi-manda.Saturday, March 28, 2009
Mesyuarat Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan
Fatimah Menghadiri Kem Bestari Solat
Tuesday, March 10, 2009
Sambutan Harijadi Fatimah dan Fatiha
Selamat harijadi, anak-anakku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera!
Saturday, November 8, 2008
Majlis Anugerah KAFA Integrasi Kampung Kuantan
Pagi tadi saya menghadiri majlis tersebut di SRA Kg. Hulu Rening. Halimi turut serta dalam acara khatam qur'an manakala Amirul menyertai persembahan nasyid. Semasa penyampaian hadiah, Fatimah memenangi hadiah untuk pelajaran terbaik iaitu Bahasa Arab dan Akhlak manakala Amirul memenangi kedatangan terbaik.
Thursday, October 30, 2008
Persembahan Di Hari Qualiti PPD Hulu Selangor
Semalam, (29 Oktober 2008), saya membawa 13 orang murid prasekolah dan tahun 1 untuk mengadakan persembahan di majlis Hari Qualiti bertempat di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Kami bertolak pada pukul 12 tengahari untuk latihan di pentas kerana persembahan akan diadakan lebihkurang pukul 3.00 petang, selepas ucapan perasmi.
Persembahan murid-murid ini mendapat tepukan yang gemuruh. Dua anak gadis saya, Fatiha dan Fatimah turut mengambil bahagian. Bagi Fatiha, ini pertama kali dia beraksi di atas pentas, mujur dia tidak takut dan gabra.

Fatiha berdiri di belakang, sebelah saya manakala Fatimah, belakang 3 dari kiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)





Fatimah menunggu giliran untuk beraksi di trek.





