Pada 8 Ogos 2010 yang lalu, Fatimah dan Fatiha telah menyertai persembahan nyanyian dan gerakan dalam majlis penutup Program Jelajah 1Malaysia anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor bertempat di Balairaya Kampung Sungai Masin.
Showing posts with label Fatiha. Show all posts
Showing posts with label Fatiha. Show all posts
Friday, August 13, 2010
Thursday, April 29, 2010
Thursday, March 18, 2010
Sunday, January 3, 2010
Fatiha Dah Masuk Tahun Satu
Anak bongsu saya Fatiha masuk ke tahun 1 pada tahun ini. Saya lega melepaskannya ke tahun 1 kerana dia telah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah, tidak akan menyusahkan guru-gurunya di tahun 1. Semasa baru membelikan baju sekolahnya pun, dia begitu teruja untuk memakai pakaian seragam tersebut. Semoga Fatiha belajar rajin-rajin dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.
Tuesday, November 24, 2009
Saturday, July 4, 2009
Pertandingan Tadikarama
Pada 4 Julai 2009 saya membawa 10 orang murid saya ke Pertandingan Tadikarama anjuran Perpustakaan Awam Selangor Kuala Kubu Bharu. Turut mengambil bahagian adalah Fatiha. Murid-murid saya telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut.
Berbagai gelagat dan aksi Fatiha.
Hazim dan Amirul turut saya bawa sebagai jurufoto dan video.
Saya bangga kerana Fatiha bersungguh-sungguh semasa pertandingan.
Beberapa ibu murid turut hadir memberi sokongan.
Saturday, June 20, 2009
Program Mesra Rakyat
Pada 20 Jun 2009 saya dan anak-anak berkesempatan untuk menghadiri program tersebut yang dianjurkan oleh KEMAS dan JKKKP Kg. Kuantan. Amirul, Fatimah dan Fatiha turut mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Saya sendiri mengambil bahagian dalam Pertandingan Menghias Kek. Saya juga turut melihat demontrasi memasak Chichen Chop. Di bawah ini saya sertakan resepi untuk dikongsi bersama.Bahan A: Tepung gandum campur dengan sedikit lada sulah dan garam lalu digaul.
Bahan B: Telur campur garam dan lada sulah lalu dipukul.
Bahan C: Serbuk roti
Cara membuatnya: Salutkan kepingan ayam dengan bahan A, seterusnya bahan B dan akhir sekali bahan C. Selepas itu terus goreng ayam dalam minyak yang panas. Sedap dimakan dengan sos lada hitam.


Labels:
Amirul,
catatan,
Fatiha,
Fatimah,
Pertandingan
Tuesday, June 2, 2009
Kembali Ke IPSAH
Pada 31 Mei 2009 di kala semua warga sekolah sedang menikmati keindahan percutian, saya akan bergelut semula dengan nota-nota kuliah dan kerja kursus di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Saya dijadualkan menaiki bas dari Bandar Baru Batang Kali pada 30 Mei jam 3.00 petang. Malangnya kerana rosak, bas lewat sehingga 2 jam. Suami saya serta dua orang putri saya turut menemani saya menunggu bas.
Thursday, April 30, 2009
Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor
Monday, April 27, 2009
Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan
Pada minggu ini kami sekeluarga sungguh sibuk. Amirul, Fatimah dan Fatiha tiap-tiap hari ada latihan sukan di sekolah. Pada 25 April suami saya menyertai gotong-royong persiapan hari sukan. Manakala saya sendiri pada 24 dan 25 April berkursus di PKG Kalumpang.
Sukan sekolah telah berlangsung dengan meriah pada 26 April. Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan.
Fatiha mengambil bahagian dalam acara prasekolah.
Fatiha cuma dapat tempat ketiga, tak apa sayang!Sunday, April 12, 2009
Melawat Anak di Asrama

Pada 11 April 2009, cuti ganti hariraya yang dijadualkan telah ditunda. Rasanya hari inilah baru saya nikmati cuti hujung minggu. Cuti pun tidak ke mana kerana Amirul ada kelas tambahan. Kalau ikut takwim, memang setiap Sabtu ada aktiviti. Alhamdulillah saya sihat dan tidak tension. Tadi, 12 April 2009, saya dan suami menghadiri mesyuarat Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Kg. Kuantan. Petang pula kami melawat Hazim dan Halimi di Behrang. Dapatlah saya menjamu mereka dengan lauk-pauk yang saya bawa dari rumah. Waktu balik ke rumah, kami singgah ke Jalan Fraser untuk mengambil air bukit. Fatiha, Fatimah dan Amirul ambil kesempatan untuk mandi-manda.Friday, March 13, 2009
Sambutan Harijadi Fatiha di Kelas Prasekolah
Tuesday, March 10, 2009
Sambutan Harijadi Fatimah dan Fatiha
Selamat harijadi, anak-anakku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera!
Wednesday, February 4, 2009
Gotong-Royong di Prasekolah
Pada 4 Februari 2009 suami saya telah menyertai gotong-royong di taman prasekolah.
Kelihatan Fatiha dan abahnya menanam lengkuas.
Berita lebih lanjut, sila klik di sini http://praskkk.blogspot.com/2009/02/program-gotong-royong-taman-prasekolah.html
Saturday, November 15, 2008
Hari Anugerah Kecemerlangan SKKK

Majlis tersebut telah dilangsungkan pada 13 November 2008. Turut diadakan adalah Konvokesyen Prasekolah. Halimi telah menerima hadiah bagi pengawas Pusat Sumber, Kedudukan Ke - 3, terbaik mata pelajaran matematik, sains, agama dan kemahiran hidup serta kehadiran terbaik. Amirul hanya mendapat 1 hadiah iaitu kehadiran terbaik manakala Fatimah tidak mendapat sebarang hadiah. Fatiha pula menyertai konvokesyen prasekolah.

Halimi dan Fatiha turut beraksi dalam persembahan. Halimi dalam persembahan boria manakala Fatiha dalam nyanyian dan gerakan berjaya mencuit hati para penonton.
Tuesday, November 4, 2008
Hazim Masuk Wad
Petang semalam, 3 November 2008, saya menghantar suami dan Hazim ke hospital Kuala Kubu Bharu untuk berjumpa doktor. Suami saya demam manakala Hazim pula hendak menambah cuti sakit kerana bisul di tapak kaki masih belum sembuh. Saya terkejut kerana doktor menyuruh Hazim masuk wad atas alasan untuk berehat supaya bisul di kaki itu boleh sembuh.Selepas menghantar Hazim ke dalam wad, kami balik ke rumah untuk mengambil barang-barang keperluan Hazim seperti pakaian, flask air dan lain-lain lagi. Pukul 7.00 malam kami tiba semula ke wad 8. Kami lihat Hazim dimasukkan air antibiotik.
Balik ke rumah tiba-tiba sahaja Fatiha demam. Agaknya dia terkejut melihat abangnya masuk wad, lebih-lebih lagi Fatiha rapat dengan Hazim. Jadi petang ini kami berangkut lagi ke hospital. Selain dari Fatiha, Halimi juga berjumpa dengan doktor kerana kakinya bengkak.
Selepas itu kami ke wad 8 untuk melawat Hazim. Lagi sekali saya terkejut kerana Hazim dah boleh balik ke rumah. Namun begitu saya lega kerana tak perlu lagi berulang ke hospital.
Thursday, October 30, 2008
Persembahan Di Hari Qualiti PPD Hulu Selangor
Semalam, (29 Oktober 2008), saya membawa 13 orang murid prasekolah dan tahun 1 untuk mengadakan persembahan di majlis Hari Qualiti bertempat di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Kami bertolak pada pukul 12 tengahari untuk latihan di pentas kerana persembahan akan diadakan lebihkurang pukul 3.00 petang, selepas ucapan perasmi.
Persembahan murid-murid ini mendapat tepukan yang gemuruh. Dua anak gadis saya, Fatiha dan Fatimah turut mengambil bahagian. Bagi Fatiha, ini pertama kali dia beraksi di atas pentas, mujur dia tidak takut dan gabra.

Fatiha berdiri di belakang, sebelah saya manakala Fatimah, belakang 3 dari kiri.

Thursday, September 11, 2008
CABARAN BULAN PUASA

Hari ini merupakan hari ke sebelas umat Islam berpuasa. Tahun lepas lima orang anak saya termasuk Fatimah yang ketika itu berumur enam tahun telah dapat berpuasa penuh. Tahun ini buat pertama kalinya anak bongsu saya Fatiha yang berumur 5 tahun berpuasa. Cabaran paling berat pada hari pertama sahaja di mana buat pertama kalinya Fatiha mengenal erti kelaparan dan kehausan.Waktu itu saya memainkan peranan untuk memujuknya. Alhamdulillah dia akur dan bersabar sehingga waktu berbuka. Pada hari kedua dan seterusnya Fatiha telah pun terbiasa dengan keadaan berpuasa. Langsung tidak mengeluh kelaparan dan kepenatan. Malah aktif dan cergas seperti biasa. Cuma ada satu hari sahaja dia tidak dapat berpuasa kerana sakit perut.
Saya pernah bertanya pada Fatiha, "macam mana Teha boleh kuat puasa macam ni? Teha ada power ke?"
Fatiha mengangguk dan berkata, "Power dari Allah!"
Subscribe to:
Posts (Atom)








Fatimah menunggu giliran untuk beraksi di trek.

