Pada hari kedua di Bayu Beach Resort, saya membentangkan slot saya mengenai Aktiviti Nyanyian, Gerakan dan Genderang di kelas Prasekolah. Pengalaman selalu membuat pembentangan tugasan semasa di IPSAH banyak membantu saya supaya lebih yakin dan bersedia. Saya harap ilmu yang saya kongsikan dapat membantu guru-guru prasekolah Hulu Selangor dalam mengendalikan aktiviti di kelas.
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Kursus Peningkatan P & P Guru-guru Prasekolah Daerah Hulu Selangor
Pada 26 Oktober 2009 saya telah bertolak ke Port Dickson bagi menghadiri kursus 3 hari tersebut bertempat di Bayu Beach Resort.
Saturday, October 24, 2009
Program RIMUP - Persandingan Masyarakat Melayu
Thursday, October 22, 2009
Kursus Asas Gimnastik
Pada 21 - 22 Oktober 2009 saya berpeluang menghadiri Kursus Asas Gimnastik di SK Bukit Sentosa. Banyak yang saya pelajari dalam kursus ini. Tidak banyak gambar yang dapat saya ambil kerana tidak membawa kamera. Saya akan berusaha mendapatkan gambar saya dari guru lain yang membawa kamera. Setelah kami didedahkan dengan berbagai aktiviti gimnastik artistik, kami diminta membuat satu persembahan 5 minit yang akan diadili oleh para jurulatih. Yang menariknya, kumpulan saya berjaya menjadi johan!
Tuesday, October 20, 2009
Saturday, October 17, 2009
Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK
Sambutan tersebut telah diadakan pada 16 Oktober 2009. Suami saya yang juga AJK PIBG sekolah turut menghadirinya.
Thursday, October 15, 2009
Rumah Terbuka Aniswal
Tuesday, October 13, 2009
Kursus P & P Berkesan Guru Cemerlang Hulu Selangor
Sunday, October 11, 2009
Mesyuarat AJK Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan
Menghadiri Kenduri Kahwin
Pada 10 Oktober 2009, kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Abang Halim, jiran kami semasa di Taman Arowana. Semasa di sana saya bertemu dengan Cikgu Noraini yang kebetulan bermain kompang dalam majlis tersebut.
Sunday, October 4, 2009
Semakin Sibuk
Baru seminggu sekolah selepas habis cuti hariraya. Semalam Hazim dah menelefon minta kami datang melawat dengan membawakan barang-barangnya yang tertinggal. Namun tiada kesempatan langsung kerana saya sibuk mengemaskini kerja kursus saya. Lagipun suami saya balik lewat. Hari ini pun tiada kesempatan. Dari seawal 10.30 pagi, Norlela datang ke rumah saya untuk menyiapkan kerja kursus. Niza pula tengahari baru tiba. Namun hingga jam 3.00 petang masih belum siap sedangkan saya harus menghadiri mesyuarat AJK PIBG. Saya tinggalkan mereka berdua untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Hari ini Hazim menelefon lagi tetapi tidak sempat saya angkat. Memanglah nak pergi ke sekolahnya. Tapi tiada kesempatan yang terluang. Saya habis mesyuarat pun pukul 5.30. Nampaknya kena tunggu hari Selasa atau Rabu bila suami saya cuti nanti. Semoga Hazim dan Halimi sabar menunggu.
Sunday, September 27, 2009
Episod Cemas
Hari ini 25 September 2009, suami saya mula bekerja. Kami semua tinggal di rumah Serendah kecuali Edi yang berdegil nak tinggal di Kampung Kuantan seorang diri. Walaupun tanpa komputer dan set TV, anak-anak saya seronok tinggal di rumah yang tanpa perabot. Cuma ada rak dapur gas, meja makan dan almari dapur.Pada pukul 2.00 ptg tiba-tiba Halimi dan Amirul turun memberitahu saya bahawa Hazim, Fatimah dan Fatiha terkunci di dalam bilik utama. Setelah memeriksa sendiri, memang pasti pintu tidak dapat dibuka walaupun dengan kunci. Pada mulanya Fatiha menangis kerana ketakutan.
Setelah mendapat nombor telefon seorang pekerja kontrak Indonesia, saya menghubungi beliau. Mujurlah dia mahu datang menolong. Susah juga nak membuka pintu tersebut. Walaupun tombol pintu dah ditanggalkan, pintu masih tidak dapat dibuka. Erman, pekerja Indon itu sampai tiga kali naik memanjat bumbung untuk masuk ikut tingkap bilik.
Akhirnya setelah dua jam, barulah anak-anak saya dapat keluar dari bilik tersebut. Leganya hati saya.
Raya Ke Lima
Rasanya hari raya ke lima ini adalah hari akhir kami berjalan raya. Ini kerana suami saya mula bekerja pada raya ke enam. Pada hari ini kami ada jemputan di rumah Abang Ariff di Kampung Delek, Klang. Saya mengambil kesempatan untuk menghubungi dua pupu saya iaitu Dhalan yang tinggal di Sungai Udang, Klang. Memang telah lama saya tidak berjumpa dengannya. Kami singgah sebentar di rumah Dhalan sebelum ke rumah Abang Ariff. Malangnya kami tidak dapat bertemu isteri Dhalan kerana bekerja.
Selepas beraya ke rumah Abang Ariff kami ke rumah Zie di Taman Kapar Indah. Akhir sekali, Abang Ariff, Zie dan Kak Long sekeluarga datang beraya ke rumah kami di Serendah Makmur. Malam itu buat pertama kami, kami tidur di Serendah Makmur.
Wednesday, September 23, 2009
Raya Keempat
Tahun ini kami beraya sungguh. Kami lebih banyak menziarahi keluarga dan rakan-rakan. Hari ini kami ke Sungai Besar melalui jalan Sungai Panjang. Malang sungguh kerana tayar pancit di Sungai Panjang dan spanar pula tertinggal di rumah. Mujur saya dapat meminjam spanar dari kedai runcit berdekatan. Mula-mula kami ke rumah rakan PGSR saya iaitu Rafeah. Selepas itu ke Peket 100 iaitu kampung kepada biras saya.
Selepas membetulkan tayar van di bengkel, kami meneruskan perjalanan ke rumah Nita di Taman Intan Emas, Teluk Intan. Nampaknya bandar Teluk Intan membangun dengan pesat sekali berbanding dengan kali akhir saya ke sana. Akhir sekali kami mengunjungi Wan Teh, rakan PGSR saya.
Perjalanan tergendala kerana tayar pancit.
Di kampung Izhar, Peket 100.
Bersama Nita serta anak yang diasuhnya. Turut bersama ialah Siti, isteri Jo.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)




















