Tuesday, July 28, 2009
Friday, July 24, 2009
Kursus Kajian Tindakan
Selepas habis kursus di Ulu Kenas, baru sehari saya bersama anak murid, dapat pula kursus 3 hari di Lembah Beringin. Kursus Kajian Tindakan ini saya tau adalah kursus yang 'berat'. Saya perlu menjadi seorang pemikir dan seorang pengarang yang baik untuk penghasilan yang bermutu. Sesekali 'minyak cap kapak' jadi teman bila kepala menjadi pening. Thursday, July 23, 2009
Lagi Gambar di Kem Bina Negara Ulu Kenas
Saturday, July 18, 2009
Kursus Bina Negara Asas
Pada 15 hingga 18 Julai 2009, saya telah menghadiri kursus tersebut bertempat di Kem Ulu Kenas Kuala Kangsar Perak. Kursus diadakan untuk guru-guru cemerlang negeri Selangor dan kursus ini adalah dalam kohot yang pertama.
Banyak pengetahuan, pengalaman yang dapat dikongsikan bersama semasa berada di sana. Terasa betapa banyaknya kekurangan diri ini bila bersama guru-guru cemerlang yang hebat-hebat belaka.
Saya bersama Norita Idris, Guru Cemerlang Sains dari SK Ulu Yam Lama. Terimakasih diucapkan kepada Norita kerana sudi menumpangkan saya dalam perjalanan pergi dan balik.Monday, July 13, 2009
Suatu Kejutan
Pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah, saya menerima kejutan apabila menerima hadiah harijadi sumbangan Kelab Guru dan Kakitangan sekolah. Hadiah disampaikan oleh guru besar.
Saya juga menerima sms ucapan dari rakan dan adik saya. Sebelah malam, anak-anak merestui saya dan suami keluar untuk makan malam bagi meraikan harijadi saya. Balik ke rumah, anak-anak telah menunggu dengan hadiah. Terimakasih kepada semua.
Kursus Tarian
Pada 11 Julai 2009, saya telah mengikuti Kursus Asas Senitari anjuran Unit Prasekolah PPD Hulu Selangor bertempat di SK Antara Gapi. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyediakan guru-guru prasekolah untuk melatih murid-murid untuk Karnival Pendidikan Prasekolah.
Sebenarnya sayalah yang berusaha untuk mencari jurulatih bagi kursus tersebut. Alhamdulillah kursus dijalankan dengan jayanya dan nampaknya ramai yang berminat.
Thursday, July 9, 2009
Selamat Pengantin Baru Hafiz - Farizan
Saturday, July 4, 2009
Pertandingan Tadikarama
Pada 4 Julai 2009 saya membawa 10 orang murid saya ke Pertandingan Tadikarama anjuran Perpustakaan Awam Selangor Kuala Kubu Bharu. Turut mengambil bahagian adalah Fatiha. Murid-murid saya telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut.
Berbagai gelagat dan aksi Fatiha.
Hazim dan Amirul turut saya bawa sebagai jurufoto dan video.
Saya bangga kerana Fatiha bersungguh-sungguh semasa pertandingan.
Beberapa ibu murid turut hadir memberi sokongan.
Monday, June 29, 2009
Minggu Sains dan Matematik
Pada minggu lepas SK Kg Kuantan telah menjalankan Minggu Sains dan Matematik di mana banyak pertandingan yang telah dianjurkan. Fatimah turut memenangi tempat kedua dalam pertandingan yang dijalankan. Dia dan Amirul turut memenangi hadiah bagi pertandingan Eksplorace. Sebagai seorang ibu, saya menggalakkan anak-anak saya agar berani mencuba sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.Melawat Rumah Baru
Sebelah petang, saya dan suami serta Fatiha melawat rumah kami di Serendah Makmur yang telah siap, cuma menunggu CF sahaja. Dari luar rumah kelihatan bahagian dalam sudah dibersihkan. Cermin tingkap, paip dan singki telah dipasang. Jalan tar juga telah siap. Seronok rasanya mengenangkan kami akan duduk di rumah sendiri sekali lagi.Saturday, June 27, 2009
Seminggu Berlalu
Minggu ini saya masih sibuk dengan keluarga dan sekolah. Belum ada ruang untuk pengajian saya. Padahal saya ada Online Learning dan 2 assignment untuk disiapkan. Sedikit demi sedikit saya cuba langsaikan kerja-kerja sekolah yang tertangguh. Penilaian murid, minit mesyuarat, minit curai, pendaftaran PIBG, penfailan dan macam-macam lagi. Dengar pula Nazir akan datang mencerap guru cemerlang, saya mengemaskini pula perkara yang perlu dipersembahkan kepada pihak Nazir sekolah.
Di dalam kelas prasekolah pula saya mengambil sedikit masa setiap hari untuk melatih murid bagi pertandingan Nyanyian dan Gerakan pada 4 Julai nanti. Murid-murid saya akan berentap dengan pasukan lain dari Tadika Kemas dan PASTI.
Hari ini 27 Jun 2009 adalah merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti Hariraya nanti. Saya juga telah menerima keputusan peperiksaan Fatimah dan Amirul. Alhamdulillah keputusannya tidak mengecewakan. Cuma mereka perlu teruskan usaha dan lebih rajin belajar.
Di dalam kelas prasekolah, saya tidak menang tangan melayani ibubapa yang hadir. Daripada 25 orang murid, 19 ibubapa yang hadir. Walaupun tiada peperiksaan, penilaian berterusan dilakukan. Ibubapa juga menyemak portfolio anak.
Sunday, June 21, 2009
Melawat Hazim dan Halimi
Mandi Sungai
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)


