Pada 30 April 2009, SK Kg Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor. Fatiha turut mengambil bahagian dalam beberapa acara. Bagaimana pun dia tidak memenangi sebarang hadiah.


Fatiha mengambil bahagian dalam acara prasekolah.
Fatiha cuma dapat tempat ketiga, tak apa sayang!
Pada 11 April 2009, cuti ganti hariraya yang dijadualkan telah ditunda. Rasanya hari inilah baru saya nikmati cuti hujung minggu. Cuti pun tidak ke mana kerana Amirul ada kelas tambahan. Kalau ikut takwim, memang setiap Sabtu ada aktiviti. Alhamdulillah saya sihat dan tidak tension. Tadi, 12 April 2009, saya dan suami menghadiri mesyuarat Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Kg. Kuantan. Petang pula kami melawat Hazim dan Halimi di Behrang. Dapatlah saya menjamu mereka dengan lauk-pauk yang saya bawa dari rumah. Waktu balik ke rumah, kami singgah ke Jalan Fraser untuk mengambil air bukit. Fatiha, Fatimah dan Amirul ambil kesempatan untuk mandi-manda.
Dari IPSAH, saya tiba di rumah malam sebelum hari persekolahan bermula. Alhamdulillah, saya cukup sihat untuk meneruskan tugas pada keesokan harinya. Kalau difikirkan semula macam tak percaya saya boleh berjaya meneruskan 9 hari tersebut. Kuliah bermula dari seawal 7.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dengan 2 ujian dan 2 peperiksaan pula. Cuma kesal kerana tidak dapat memasak untuk anak-anak yang balik dari asrama. Bahkan saya tidak berjumpa langsung dengan Hazim. InsyaAllah hari Ahad ini saya akan berkunjung ke asrama mereka.