Friday, July 9, 2010
Bengkel Kerja Guru Prasekolah
Saya telah menghadiri bengkel kerja tersebut pada 7 hingga 9 Julai 2010 bertempat di Coral Bay Resort Pulau Pangkor.
Friday, June 18, 2010
Monday, May 10, 2010
Sukan Tahunan SK Kampung Kuantan
Sukan tersebut telah berlangsung pada 9 Mei 2010. Walaupun kebanyakan acara dijalankan dalam keadaan hujan, suasana meriah dan mendapat sambutan dari ibubapa yang hadir. Saya dan suami bertugas sebagai jurugambar dan membuat rakaman video. Anak-anak saya Humaidi, Hazim dan Halimi turut membantu.
Thursday, April 29, 2010
Sunday, April 25, 2010
Friday, April 16, 2010
Majlis Permuafakatan Bersama Menteri
Saya dan rakan-rakan telah menghadiri majlis tersebut pada 16 April 2010. Tetamu jemputan dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi. Sekolah saya telah menerima sumbangan sebanyak RM120,000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bila dah dapat duit tentu sekolah banyak idea nak buat program.
Thursday, March 25, 2010
Menghadiri Kursus
Akibat dari kegawatan ekonomi, kursus-kursus pun dah berkurangan. Saya ingatkan tiada kursus untuk saya tahun ini. Tapi rupanya saya menjadi insan terpilih bagi menghadiri kursus English Language Proficiency bertempat di Pusat Pengurusan Latihan di Seksyen 6 Shah Alam pada 23 - 25 Mac 2010. Agak pelik sikit kerana kursus selama 3 hari ini tiada tempat penginapan dan terpaksa berulang. Kursus berlangsung dalam 4 fasa yang akan berakhir pada bulan Ogos nanti.
Thursday, March 18, 2010
Pertemuan Semula
Semasa di IPSAH, saya berjaya menghubungi rakan karib saya semasa di MPIP, Salina. Kami tidak berjumpa sejak 22 tahun yang lalu. Salina dan keluarga datang dari Perlis untuk berjumpa saya di IPSAH. Walaupun pertemuan sekejap sahaja, namun memberi kesan pada diri saya serta banyak mengimbau kenangan lama. Semasa di MPIP, dialah teman saya ketawa dan menangis serta banyak memahami diri saya.
Cuti Pertengahan Semester 1
Sunday, March 7, 2010
Sunday, February 28, 2010
Amirul Mengikuti Pertandingan Merentas Desa
Tuesday, February 23, 2010
Bertemu Kembali
Thursday, February 18, 2010
Nyaris Kena
Kerana singgah membeli roti canai di Batang Kali mungkin telah menyelamatkan saya dan anak-anak dari ditimpa sebatang pokok yang tumbang merentasi jalan tidak jauh dari SK Kg.Kuantan. Berita selanjutnya klik di sini.
Monday, February 8, 2010
Mesyuarat Agung PIBG
Pada 7 Februari 2010, saya dan suami saya telah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah saya. Mesyuarat bermula 8.00 pagi dan berakhir lebihkurang 1.00 tengahari.
Selain sebagai setiausaha PIBG, saya juga bertugas mengambil gambar sewaktu acara perasmian.
Suami saya juga turut membantu saya sebagai jurugambar.
Ini mesyuarat akhir saya sebagai Setiausaha PIBG sejak tahun 2005 kerana Guru besar telah melantik Setiausaha yang baru untuk 2010. Saya lega kerana dapat menumpukan kepada tugas-tugas lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)
.jpg)










