Thursday, March 25, 2010

Menghadiri Kursus

Akibat dari kegawatan ekonomi, kursus-kursus pun dah berkurangan. Saya ingatkan tiada kursus untuk saya tahun ini. Tapi rupanya saya menjadi insan terpilih bagi menghadiri kursus English Language Proficiency bertempat di Pusat Pengurusan Latihan di Seksyen 6 Shah Alam pada 23 - 25 Mac 2010. Agak pelik sikit kerana kursus selama 3 hari ini tiada tempat penginapan dan terpaksa berulang. Kursus berlangsung dalam 4 fasa yang akan berakhir pada bulan Ogos nanti.

Saya bersama wakil dari daerah Hulu Selangor.

Ahli kumpulan saya.

Saya dan Siti Zuraini. Selama 3 hari berkursus, saya menumpang kereta Zuraini.

Malangnya pada hari akhir, kereta Zuraini buat hal. Mujur ada yang membantu.

Thursday, March 18, 2010

Pertemuan Semula

Semasa di IPSAH, saya berjaya menghubungi rakan karib saya semasa di MPIP, Salina. Kami tidak berjumpa sejak 22 tahun yang lalu. Salina dan keluarga datang dari Perlis untuk berjumpa saya di IPSAH. Walaupun pertemuan sekejap sahaja, namun memberi kesan pada diri saya serta banyak mengimbau kenangan lama. Semasa di MPIP, dialah teman saya ketawa dan menangis serta banyak memahami diri saya.

Cuti Pertengahan Semester 1

Awal cuti dah pergi ke IPSAH untuk interaksi Mac 2010. Sedang menunggu untuk naik bas di Hentian Duta.

Pembentangan hasil tugasan.

Rakan sebilik yang setia sejak awal hingga kini, Salbiah.

Ini dia assignment saya yang dah siap...

Sambutan Maulidur Rasul di SK Kampung Kuantan

Sambutan tersebut telah diadakan pada 12 Mac 2010.

Amirul segak berbaju melayu.

Fatiha dan rakan-rakannya.

Fatimah menyertai perarakan.

Sunday, March 7, 2010

Amirul Mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar

Tarikh: 6 Mac 2010
Tempat: SK Kampung Kuantan




Semoga Amirul jadi pemimpin yang bertanggungjawab, berketrampilan serta cemerlang dalam akademik dan ko kurikulum.

Sunday, February 28, 2010

Amirul Mengikuti Pertandingan Merentas Desa

Pada hari Khamis 25 Februari yang lalu Amirul telah menyertai pertandingan merentas yang diadakan di sekolah. Walaupun mencuba bersungguh-sungguh, Amirul cuma berjaya mendapat tempat ke - 12. Tahniah Amirul, kerana Amirul tetap JUARA di hati Ma dan Abah.



Seperti biasa saya bertugas sebagai jururakam video.


Tuesday, February 23, 2010

Bertemu Kembali

Pada 21 Februari 2010, saya telah menerima kunjungan dari rakan lama yang telah 22 tahun tidak bertemu, Normah Maimon. Dulu kami sama-sama belajar di MPIP sehinggalah posting pada Julai 1988. Normah datang bersama suami yang juga bekas pelatih MPIP serta anak bongsunya.

Thursday, February 18, 2010

Nyaris Kena

Kerana singgah membeli roti canai di Batang Kali mungkin telah menyelamatkan saya dan anak-anak dari ditimpa sebatang pokok yang tumbang merentasi jalan tidak jauh dari SK Kg.Kuantan. Berita selanjutnya klik di sini.

Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Pada 7 Februari 2010, saya dan suami saya telah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah saya. Mesyuarat bermula 8.00 pagi dan berakhir lebihkurang 1.00 tengahari.

Selain sebagai setiausaha PIBG, saya juga bertugas mengambil gambar sewaktu acara perasmian.


Suami saya juga turut membantu saya sebagai jurugambar.


Ini mesyuarat akhir saya sebagai Setiausaha PIBG sejak tahun 2005 kerana Guru besar telah melantik Setiausaha yang baru untuk 2010. Saya lega kerana dapat menumpukan kepada tugas-tugas lain.


Barisan Jawatankuasa PIBG yang baru. Suami saya turut dilantik semula sebagai AJK bagi tahun yang kedua.

Friday, January 29, 2010

Selamat Harijadi, Hazim!


Sunday, January 24, 2010

Amirul Menerima Watikah Sebagai Pengawas Sekolah

Menerima sijil perlantikan dari Guru Besar, En. Taufek Mohamed.

Amirul dan rakan-rakannya.

Monday, January 18, 2010

Rutin Setiap Hari Persekolahan

Setiap pagi saya dan 3 orang anak (Fatiha, Fatimah dan Amirul) akan bertolak ke sekolah seawal 6.45 pagi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 20 minit. Sampai di sekolah kami akan bersarapan di kantin sekolah. Sekadar sekeping kuih atau sepiring nasi lemak untuk mengalas perut (air bawa dari rumah, jimat sikit).

Tengahari, saya bergegas balik untuk menjemput Hazim di SMK Serendah. Sementara itu Amirul dan adik-adiknya akan bersiap untuk ke sekolah agama. Mereka makan dan bersiap di kelas prasekolah lalu pergi sendiri ke sekolah agama yang terletak tidak jauh dari sekolah kebangsaan.

Selepas menjemput Hazim barulah saya ada masa untuk diri sendiri sehinggalah jam 6.00 ptg di mana saya akan menunggu Amirul dan adik-adiknya di Antara Gapi. Mereka menumpang Ustazahnya yang tinggal di situ. Setelah balik ke rumah, jam 6.40 pula saya pergi menjemput Halimi.

Baru tahun inilah saya merasa jadi' driver' anak-anak. Penat sangat rasanya. Cuma lega sikit pada hari Jumaat kerana suami saya cuti dan dia boleh menguruskan anak-anak di SMK. Pada hari Jumaat sajalah saya berpeluang menghantar Amirul dan adik-adik ke sekolah agama. Kasihan juga tengok Fatiha yang baru masuk tahun 1 terpaksa bersiap sendiri dan jalan kaki ke sekolah agama. Tengahari tadi pun saya tak dapat lupa pandangan matanya melihat saya balik.

Fatiha.

Fatimah.

Saturday, January 16, 2010

Kursus Dalaman SKKK

Tarikh: 16 Januari 2010 (Sabtu)

Dari kiri: Faezah, Kamsiah, saya dan Ustazah Nooraine

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Sekolah 2010

Pagi ini memang agak kelam-kabut. Saya tidaklah tiba lewat, tetapi dua kali suami saya terpaksa menghantarkan barang anak yang tertinggal di rumah. Mula-mula hantar kain sekolah agama Fatiha yang tertinggal. Tengahari pula baru perasan pakaian sekolah agama Amirul pun tertinggal juga.

Satu lagi masalah, bila kami gagal mencari kenderaan untuk Halimi ke sekolah. Akhirnya bila kami balik ke rumah selepas menjemput Halimi, saya ternampak anak jiran kami yang berpakaian sekolah agama. Terdetik di hati saya untuk bertanya jiran kami itu tentang kenderaan anak ke sekolah kerana SK Serendah terletak bersebelahan SMK Serendah. Alhamdulillah, jiran kami itu bersetuju untuk menghantar sama anak kami. Lega sangat rasanya.

Fatiha, semasa perhimpunan pagi.

Sunday, January 3, 2010

Fatiha Dah Masuk Tahun Satu

Anak bongsu saya Fatiha masuk ke tahun 1 pada tahun ini. Saya lega melepaskannya ke tahun 1 kerana dia telah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah, tidak akan menyusahkan guru-gurunya di tahun 1. Semasa baru membelikan baju sekolahnya pun, dia begitu teruja untuk memakai pakaian seragam tersebut. Semoga Fatiha belajar rajin-rajin dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.

Fatiha di dalam kelas.

Saya sendiri turut hadir untuk taklimat prasekolah.

Fatiha bersama rakan-rakannya.