Pada hari Khamis 25 Februari yang lalu Amirul telah menyertai pertandingan merentas yang diadakan di sekolah. Walaupun mencuba bersungguh-sungguh, Amirul cuma berjaya mendapat tempat ke - 12. Tahniah Amirul, kerana Amirul tetap JUARA di hati Ma dan Abah.
Sunday, February 28, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Bertemu Kembali
Thursday, February 18, 2010
Nyaris Kena
Kerana singgah membeli roti canai di Batang Kali mungkin telah menyelamatkan saya dan anak-anak dari ditimpa sebatang pokok yang tumbang merentasi jalan tidak jauh dari SK Kg.Kuantan. Berita selanjutnya klik di sini.
Monday, February 8, 2010
Mesyuarat Agung PIBG
Pada 7 Februari 2010, saya dan suami saya telah menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah saya. Mesyuarat bermula 8.00 pagi dan berakhir lebihkurang 1.00 tengahari.
Selain sebagai setiausaha PIBG, saya juga bertugas mengambil gambar sewaktu acara perasmian.
Suami saya juga turut membantu saya sebagai jurugambar.
Ini mesyuarat akhir saya sebagai Setiausaha PIBG sejak tahun 2005 kerana Guru besar telah melantik Setiausaha yang baru untuk 2010. Saya lega kerana dapat menumpukan kepada tugas-tugas lain.
Friday, January 29, 2010
Sunday, January 24, 2010
Monday, January 18, 2010
Rutin Setiap Hari Persekolahan
Setiap pagi saya dan 3 orang anak (Fatiha, Fatimah dan Amirul) akan bertolak ke sekolah seawal 6.45 pagi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 20 minit. Sampai di sekolah kami akan bersarapan di kantin sekolah. Sekadar sekeping kuih atau sepiring nasi lemak untuk mengalas perut (air bawa dari rumah, jimat sikit).
Tengahari, saya bergegas balik untuk menjemput Hazim di SMK Serendah. Sementara itu Amirul dan adik-adiknya akan bersiap untuk ke sekolah agama. Mereka makan dan bersiap di kelas prasekolah lalu pergi sendiri ke sekolah agama yang terletak tidak jauh dari sekolah kebangsaan.
Selepas menjemput Hazim barulah saya ada masa untuk diri sendiri sehinggalah jam 6.00 ptg di mana saya akan menunggu Amirul dan adik-adiknya di Antara Gapi. Mereka menumpang Ustazahnya yang tinggal di situ. Setelah balik ke rumah, jam 6.40 pula saya pergi menjemput Halimi.
Baru tahun inilah saya merasa jadi' driver' anak-anak. Penat sangat rasanya. Cuma lega sikit pada hari Jumaat kerana suami saya cuti dan dia boleh menguruskan anak-anak di SMK. Pada hari Jumaat sajalah saya berpeluang menghantar Amirul dan adik-adik ke sekolah agama. Kasihan juga tengok Fatiha yang baru masuk tahun 1 terpaksa bersiap sendiri dan jalan kaki ke sekolah agama. Tengahari tadi pun saya tak dapat lupa pandangan matanya melihat saya balik.

Fatiha.

Fatimah.
Saturday, January 16, 2010
Monday, January 4, 2010
Hari Pertama Sekolah 2010
Pagi ini memang agak kelam-kabut. Saya tidaklah tiba lewat, tetapi dua kali suami saya terpaksa menghantarkan barang anak yang tertinggal di rumah. Mula-mula hantar kain sekolah agama Fatiha yang tertinggal. Tengahari pula baru perasan pakaian sekolah agama Amirul pun tertinggal juga.
Satu lagi masalah, bila kami gagal mencari kenderaan untuk Halimi ke sekolah. Akhirnya bila kami balik ke rumah selepas menjemput Halimi, saya ternampak anak jiran kami yang berpakaian sekolah agama. Terdetik di hati saya untuk bertanya jiran kami itu tentang kenderaan anak ke sekolah kerana SK Serendah terletak bersebelahan SMK Serendah. Alhamdulillah, jiran kami itu bersetuju untuk menghantar sama anak kami. Lega sangat rasanya.
Fatiha, semasa perhimpunan pagi.Sunday, January 3, 2010
Fatiha Dah Masuk Tahun Satu
Anak bongsu saya Fatiha masuk ke tahun 1 pada tahun ini. Saya lega melepaskannya ke tahun 1 kerana dia telah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah, tidak akan menyusahkan guru-gurunya di tahun 1. Semasa baru membelikan baju sekolahnya pun, dia begitu teruja untuk memakai pakaian seragam tersebut. Semoga Fatiha belajar rajin-rajin dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.
Wednesday, December 30, 2009
Saturday, December 19, 2009
Sunday, December 13, 2009
Balik ke IPSAH
Pada hari Sabtu 12 Disember 2009, suami dan anak-anak menghantar saya ke Hentian Duta, Kuala Lumpur. Saya menaiki bas MARA LINER pukul 11.45 malam dan tiba di Sungai Petani jam 5.00 pagi. Saya ke IPSAH menaiki teksi dan tiba di bilik hostel pada jam 5.15 pagi. Setelah mandi, bersiap dan bersarapan, saya menuju ke bilik kuliah yang bermula seawal 7.30 pagi.

Friday, December 11, 2009
Banyaknya Urusan!
Selepas peperiksaan, saya balik ke Serendah kerana tiada kuliah hingga hari Ahad nanti. Saya mengambil kesempatan menyelesaikan beberapa perkara. Saya memulangkan kunci rumah kuarters kepada Guru Besar, juga perbincangan mengenai kemasukan prasekolah 2010. Selepas itu saya menguruskan pemotongan elektrik dan air rumah kuarters, memohon CF individu untuk rumah Serendah. Saya juga menelefon sekolah anak saya di Behrang untuk mereka menyediakan dokumen bagi pertukaran anak saya ke SMK Serendah. Saya beli barangan keperluan / makanan untuk stok dalam peti sejuk. Maklumlah anak-anak semua ada dan tengah selera makan.
Saya dan suami juga sempat menziarahi makcik suami saya yang sedang sakit di wad radioterapi HKL. Tadi saya pergi ke rumah PPM saya untuk memberi penerangan tentang kemasukan prasekolah 2010 kerana dialah yang akan mewakili saya dalam mesyuarat pemilihan. Esok pula saya akan ke Behrang untuk mengambil dokumen pertukaran sekolah anak saya. Begitu pantas masa berlalu, dan saya harus kembali pula ke Sungai Petani.
Sunday, December 6, 2009
Pertemuan Semula
Interaksi di IPSAH kali ini menyaksikan pertemuan semula saya dengan Rozana, rakan sebilik dan Junaidah, rakan sekelas semasa di Maktab Perguruan Ipoh Perak. Rozana dan Junaidah menjadi junior saya apabila mereka terpilih sebagai pelajar PGSR kohot kedua ambilan 2009. Begitu juga saya berjumpa kembali dengan rakan lama Roslaini, menerusi laman face book.
Saya menghadapi peperiksaan pada 7 dan 8 Disember 2009. Mudah-mudahan dapat jawab semua soalan. Targetnya bukan untuk setakat lulus, tetapi cemerlang, Insyaallah!
Subscribe to:
Posts (Atom)






