Monday, January 18, 2010

Rutin Setiap Hari Persekolahan

Setiap pagi saya dan 3 orang anak (Fatiha, Fatimah dan Amirul) akan bertolak ke sekolah seawal 6.45 pagi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 20 minit. Sampai di sekolah kami akan bersarapan di kantin sekolah. Sekadar sekeping kuih atau sepiring nasi lemak untuk mengalas perut (air bawa dari rumah, jimat sikit).

Tengahari, saya bergegas balik untuk menjemput Hazim di SMK Serendah. Sementara itu Amirul dan adik-adiknya akan bersiap untuk ke sekolah agama. Mereka makan dan bersiap di kelas prasekolah lalu pergi sendiri ke sekolah agama yang terletak tidak jauh dari sekolah kebangsaan.

Selepas menjemput Hazim barulah saya ada masa untuk diri sendiri sehinggalah jam 6.00 ptg di mana saya akan menunggu Amirul dan adik-adiknya di Antara Gapi. Mereka menumpang Ustazahnya yang tinggal di situ. Setelah balik ke rumah, jam 6.40 pula saya pergi menjemput Halimi.

Baru tahun inilah saya merasa jadi' driver' anak-anak. Penat sangat rasanya. Cuma lega sikit pada hari Jumaat kerana suami saya cuti dan dia boleh menguruskan anak-anak di SMK. Pada hari Jumaat sajalah saya berpeluang menghantar Amirul dan adik-adik ke sekolah agama. Kasihan juga tengok Fatiha yang baru masuk tahun 1 terpaksa bersiap sendiri dan jalan kaki ke sekolah agama. Tengahari tadi pun saya tak dapat lupa pandangan matanya melihat saya balik.

Fatiha.

Fatimah.

No comments: