Friday, January 23, 2009

Amirul masuk Pertandingan Merentas Desa

Amirul telah menyertai Pertandingan Merentas Desa pagi tadi dan berjaya mendapat tempat yang ke - 7. Walaupun mungkin tidak mendapat tempat ke peringkat daerah, tak apalah kerana dia telah mencuba bersungguh-sungguh. Tahniah kepada Amirul.

Tuesday, January 13, 2009

Amirul Dilantik Menjadi Pengawas

Pada 12 Januari 2009, Amirul telah dilantik sebagai pengawas sekolah bagi tahun 2009. Sebelum ini Amirul telah menjadi pengawas bagi tahun 2008. Dia juga telah menjadi pengawas di sekolah agama.

Sunday, January 11, 2009

Melawat Rumah Baru

Selepas melawat Hazim dan Halimi, kami pergi ke tapak projek Taman Serendah Makmur untuk melihat rumah kami yang baru siap pembinaannya. Sekarang dalam proses pembinaan jalan dari perumahan ke jalan besar.

Melawat Hazim dan Halimi

Pada hari Sabtu (semalam) kami pergi melawat Hazim dan Halimi di asrama. Alhamdulillah nampaknya sihat dan selesa terutama sekali Halimi yang pertama kali tinggal di asrama. Dalam pertemuan singkat ini didapati ada perubahan positif iaitu dia tidak lagi menyakat adik-adiknya. Lagi satu, Halimi yang paling tak suka diambil gambar, tidak membantah bila diajak bergambar sama. Buktinya gambar di atas.

Sunday, January 4, 2009

Menghantar Anak ke Sekolah

Pagi tadi, kami menghantar Hazim dan Halimi ke Maahad At-Taufikiyah Al-Diniah yang terletak di Behrang, Perak. Saya merasa lega kerana Halimi tidak banyak karenah dan mahu bersekolah di sana. Memanglah bayarannya agak berat, tapi tanggungjawab membimbing dia dalam keagamaan akan terlaksana jika dia bersekolah di sana. Alhamdulillah, permohonan saya untuk mengurangkan yuran bulanannya diterima oleh pengurusan sekolah.

Harapan kami agar mereka berdua berjaya di bidang akademik dan agama.