Interaksi di IPSAH kali ini menyaksikan pertemuan semula saya dengan Rozana, rakan sebilik dan Junaidah, rakan sekelas semasa di Maktab Perguruan Ipoh Perak. Rozana dan Junaidah menjadi junior saya apabila mereka terpilih sebagai pelajar PGSR kohot kedua ambilan 2009. Begitu juga saya berjumpa kembali dengan rakan lama Roslaini, menerusi laman face book.
Saya menghadapi peperiksaan pada 7 dan 8 Disember 2009. Mudah-mudahan dapat jawab semua soalan. Targetnya bukan untuk setakat lulus, tetapi cemerlang, Insyaallah!
1 comment:
Assalamualaikum, ni Rozana.saya jg rasa saat paling seronok dpt berjumpa semula rakan sebilik selama 3 tahun ketika di MPIP dulu. hampir 21 tahun kita berpisah tanpa khabar berita tahu2 berjumpa utk sama2 sambung pengajian kita. awak mmg x berbeza masih mcm dulu happy go lucky aja.apa pun saya juga gembira dan bahagia berjumpa awak. moga kita jumpa lg pd cuti sek yg seterusnya di IPSAH. k.
Post a Comment