Selepas peperiksaan, saya balik ke Serendah kerana tiada kuliah hingga hari Ahad nanti. Saya mengambil kesempatan menyelesaikan beberapa perkara. Saya memulangkan kunci rumah kuarters kepada Guru Besar, juga perbincangan mengenai kemasukan prasekolah 2010. Selepas itu saya menguruskan pemotongan elektrik dan air rumah kuarters, memohon CF individu untuk rumah Serendah. Saya juga menelefon sekolah anak saya di Behrang untuk mereka menyediakan dokumen bagi pertukaran anak saya ke SMK Serendah. Saya beli barangan keperluan / makanan untuk stok dalam peti sejuk. Maklumlah anak-anak semua ada dan tengah selera makan.
Saya dan suami juga sempat menziarahi makcik suami saya yang sedang sakit di wad radioterapi HKL. Tadi saya pergi ke rumah PPM saya untuk memberi penerangan tentang kemasukan prasekolah 2010 kerana dialah yang akan mewakili saya dalam mesyuarat pemilihan. Esok pula saya akan ke Behrang untuk mengambil dokumen pertukaran sekolah anak saya. Begitu pantas masa berlalu, dan saya harus kembali pula ke Sungai Petani.
No comments:
Post a Comment