Sunday, October 4, 2009

Semakin Sibuk

Baru seminggu sekolah selepas habis cuti hariraya. Semalam Hazim dah menelefon minta kami datang melawat dengan membawakan barang-barangnya yang tertinggal. Namun tiada kesempatan langsung kerana saya sibuk mengemaskini kerja kursus saya. Lagipun suami saya balik lewat. Hari ini pun tiada kesempatan. Dari seawal 10.30 pagi, Norlela datang ke rumah saya untuk menyiapkan kerja kursus. Niza pula tengahari baru tiba. Namun hingga jam 3.00 petang masih belum siap sedangkan saya harus menghadiri mesyuarat AJK PIBG. Saya tinggalkan mereka berdua untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Hari ini Hazim menelefon lagi tetapi tidak sempat saya angkat. Memanglah nak pergi ke sekolahnya. Tapi tiada kesempatan yang terluang. Saya habis mesyuarat pun pukul 5.30. Nampaknya kena tunggu hari Selasa atau Rabu bila suami saya cuti nanti. Semoga Hazim dan Halimi sabar menunggu.

No comments: