Friday, January 29, 2010

Selamat Harijadi, Hazim!


Sunday, January 24, 2010

Amirul Menerima Watikah Sebagai Pengawas Sekolah

Menerima sijil perlantikan dari Guru Besar, En. Taufek Mohamed.

Amirul dan rakan-rakannya.

Monday, January 18, 2010

Rutin Setiap Hari Persekolahan

Setiap pagi saya dan 3 orang anak (Fatiha, Fatimah dan Amirul) akan bertolak ke sekolah seawal 6.45 pagi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 20 minit. Sampai di sekolah kami akan bersarapan di kantin sekolah. Sekadar sekeping kuih atau sepiring nasi lemak untuk mengalas perut (air bawa dari rumah, jimat sikit).

Tengahari, saya bergegas balik untuk menjemput Hazim di SMK Serendah. Sementara itu Amirul dan adik-adiknya akan bersiap untuk ke sekolah agama. Mereka makan dan bersiap di kelas prasekolah lalu pergi sendiri ke sekolah agama yang terletak tidak jauh dari sekolah kebangsaan.

Selepas menjemput Hazim barulah saya ada masa untuk diri sendiri sehinggalah jam 6.00 ptg di mana saya akan menunggu Amirul dan adik-adiknya di Antara Gapi. Mereka menumpang Ustazahnya yang tinggal di situ. Setelah balik ke rumah, jam 6.40 pula saya pergi menjemput Halimi.

Baru tahun inilah saya merasa jadi' driver' anak-anak. Penat sangat rasanya. Cuma lega sikit pada hari Jumaat kerana suami saya cuti dan dia boleh menguruskan anak-anak di SMK. Pada hari Jumaat sajalah saya berpeluang menghantar Amirul dan adik-adik ke sekolah agama. Kasihan juga tengok Fatiha yang baru masuk tahun 1 terpaksa bersiap sendiri dan jalan kaki ke sekolah agama. Tengahari tadi pun saya tak dapat lupa pandangan matanya melihat saya balik.

Fatiha.

Fatimah.

Saturday, January 16, 2010

Kursus Dalaman SKKK

Tarikh: 16 Januari 2010 (Sabtu)

Dari kiri: Faezah, Kamsiah, saya dan Ustazah Nooraine

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Sekolah 2010

Pagi ini memang agak kelam-kabut. Saya tidaklah tiba lewat, tetapi dua kali suami saya terpaksa menghantarkan barang anak yang tertinggal di rumah. Mula-mula hantar kain sekolah agama Fatiha yang tertinggal. Tengahari pula baru perasan pakaian sekolah agama Amirul pun tertinggal juga.

Satu lagi masalah, bila kami gagal mencari kenderaan untuk Halimi ke sekolah. Akhirnya bila kami balik ke rumah selepas menjemput Halimi, saya ternampak anak jiran kami yang berpakaian sekolah agama. Terdetik di hati saya untuk bertanya jiran kami itu tentang kenderaan anak ke sekolah kerana SK Serendah terletak bersebelahan SMK Serendah. Alhamdulillah, jiran kami itu bersetuju untuk menghantar sama anak kami. Lega sangat rasanya.

Fatiha, semasa perhimpunan pagi.

Sunday, January 3, 2010

Fatiha Dah Masuk Tahun Satu

Anak bongsu saya Fatiha masuk ke tahun 1 pada tahun ini. Saya lega melepaskannya ke tahun 1 kerana dia telah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah, tidak akan menyusahkan guru-gurunya di tahun 1. Semasa baru membelikan baju sekolahnya pun, dia begitu teruja untuk memakai pakaian seragam tersebut. Semoga Fatiha belajar rajin-rajin dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran.

Fatiha di dalam kelas.

Saya sendiri turut hadir untuk taklimat prasekolah.

Fatiha bersama rakan-rakannya.