Friday, November 5, 2010

Lawatan Ke Muzium Negara Dan Muzium Telekom


Pada 03 / 11 / 2010 Kolej Komuniti telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara dan Muzium Telekom.

Monday, November 1, 2010

Menghantar Assignment

Hari ini along telah menghantar assignment.

Saturday, October 30, 2010

Assignment !!!!

Hari ini Along dan Ma sibuk buat assignment masing-masing. Along punya dah nak siap, Ma punya belum siap lagi sampai sakit kepala.

Saturday, October 23, 2010

Majlis Aidilfitri di SK Kampung Kuantan

Suami dan adik saya.

Fatiha ambil bahagian dalam persembahan.

Amirul dalam persembahan boria.

Saya bersama Amirul dan rakan-rakannya.

Bertemu dengan bekas anak murid SK Kampung Kuantan.

Saturday, October 9, 2010

Hazim PMR

Selesai Amirul menghadapi UPSR dan PSRA, Hazim pula menghadapi PMR yang akan berakhir pada 11 Oktober nanti. Semoga anak-anak saya beroleh keputusan yang menggembirakan.

Saturday, September 25, 2010

Amirul Menghadapi UPSR

Amirul baru selesai menghadapi UPSR yang telah dijalankan pada 21 - 23 September 2010. Semoga Amirul mendapat keputusan yang cemerlang, yang akan membanggakan keluarga dan guru-guru. Apa pun keputusannya nanti, terimalah dengan hati yang terbuka.

Amirul, 2 dari kiri, membaca doa semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Tuesday, September 7, 2010

Friday, August 13, 2010

Fatimah dan Fatiha

Pada 8 Ogos 2010 yang lalu, Fatimah dan Fatiha telah menyertai persembahan nyanyian dan gerakan dalam majlis penutup Program Jelajah 1Malaysia anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor bertempat di Balairaya Kampung Sungai Masin.

Thursday, July 22, 2010

Kolej Komuniti Hulu Selangor

Di sinilah Edi mendaftarkan diri sebagai pelajar sepenuh masa untuk kursus Sijil Sistem Komputer dan Sokongan. Terletak di pertengahan antara Batang Kali dan Ulu Yam Bharu.

Friday, July 9, 2010

Bengkel Kerja Guru Prasekolah

Saya telah menghadiri bengkel kerja tersebut pada 7 hingga 9 Julai 2010 bertempat di Coral Bay Resort Pulau Pangkor.




Friday, June 18, 2010

Interaksi di IPSAH Jun 2010

Semester ini bermula elektif PJ.

Bersedia dalam dewan peperiksaan.

Subjek Pergerakan Asas.

Rakan-rakan dari Selangor.

Monday, May 10, 2010

Sukan Tahunan SK Kampung Kuantan

Sukan tersebut telah berlangsung pada 9 Mei 2010. Walaupun kebanyakan acara dijalankan dalam keadaan hujan, suasana meriah dan mendapat sambutan dari ibubapa yang hadir. Saya dan suami bertugas sebagai jurugambar dan membuat rakaman video. Anak-anak saya Humaidi, Hazim dan Halimi turut membantu.

Penanda markah rumah sukan.

Air untuk minuman murid.

Hazim dan Humaidi turut membantu.

Fatiha dalam rumah hijau, manakala Amirul, Fatimah dan saya sendiri dalam rumah biru.

Amirul mengetuai perbarisan bagi rumah biru.

Suami saya sedang merakam video.

Perbarisan lintas keluar.

Dalam acara 100 meter tahun 6 ini, Amirul mendapat tempat kedua.

Hadiah tempat kedua 100 meter tahun 6.

Fatimah mendapat tempat pertama dalam sukaneka.

Penyampaian hadiah dijalankan dalam suasana hujan renyai.

Tiga beradik makan burger sambil berpayung kerana hari hujan.

Saya dan Halimi.

Berehat sekejap...

Hazim tolong memayungkan guru yang bertugas.

Amirul berjaya menjadi johan lompat jauh tahun 6.

Aksi Amirul semasa sesi latihan lompat jauh.

Thursday, April 29, 2010

Fatiha Berkacamata

Fatiha sedang menjalani pemeriksaan mata.

Pemandangan lebih jelas bila berkacamata.

Sunday, April 25, 2010

Petikan dari Metro Ahad

Kelihatan saya dalam gambar tersebut.

Friday, April 16, 2010

Majlis Permuafakatan Bersama Menteri

Saya dan rakan-rakan telah menghadiri majlis tersebut pada 16 April 2010. Tetamu jemputan dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi. Sekolah saya telah menerima sumbangan sebanyak RM120,000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bila dah dapat duit tentu sekolah banyak idea nak buat program.