Thursday, April 30, 2009

Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor

Pada 30 April 2009, SK Kg Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi Sukan Prasekolah Zon 3 Daerah Hulu Selangor. Fatiha turut mengambil bahagian dalam beberapa acara. Bagaimana pun dia tidak memenangi sebarang hadiah.




Monday, April 27, 2009

Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan

Pada minggu ini kami sekeluarga sungguh sibuk. Amirul, Fatimah dan Fatiha tiap-tiap hari ada latihan sukan di sekolah. Pada 25 April suami saya menyertai gotong-royong persiapan hari sukan. Manakala saya sendiri pada 24 dan 25 April berkursus di PKG Kalumpang.

Sukan sekolah telah berlangsung dengan meriah pada 26 April. Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan.

Fatiha mengambil bahagian dalam acara prasekolah.

Fatiha cuma dapat tempat ketiga, tak apa sayang!

Amirul turut memenangi hadiah.

Fatimah menunggu giliran untuk beraksi di trek.

Suami saya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Monday, April 20, 2009

Melawat Hazim dan Halimi

Pada 19 April 2009, kami ke Behrang untuk melawat Hazim dan Halimi.



Saturday, April 18, 2009

Kursus Perkembangan Staff

Pada 18 April 2009 saya telah mengikuti Kursus Perkembangan Staff - Eduwebtv bertempat di Makmal Komputer SK Kg. Kuantan.

Sunday, April 12, 2009

Melawat Anak di Asrama


Pada 11 April 2009, cuti ganti hariraya yang dijadualkan telah ditunda. Rasanya hari inilah baru saya nikmati cuti hujung minggu. Cuti pun tidak ke mana kerana Amirul ada kelas tambahan. Kalau ikut takwim, memang setiap Sabtu ada aktiviti. Alhamdulillah saya sihat dan tidak tension. Tadi, 12 April 2009, saya dan suami menghadiri mesyuarat Jemaah Pengurusan Kafa Integrasi Kg. Kuantan. Petang pula kami melawat Hazim dan Halimi di Behrang. Dapatlah saya menjamu mereka dengan lauk-pauk yang saya bawa dari rumah. Waktu balik ke rumah, kami singgah ke Jalan Fraser untuk mengambil air bukit. Fatiha, Fatimah dan Amirul ambil kesempatan untuk mandi-manda.

Sunday, April 5, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Pada 4 April 2009, saya mengikuti kursus Perkembangan Staff di Sekolah Kebangsaan Batang Kali. Manakala pada 5 April pula saya dan suami menghadiri mesyuarat AJK PIBG.

Walaupun ada kursus dan mesyuarat pada hujung minggu, saya rasa tidak terbeban kerana selepas itu saya boleh balik ke rumah dan habiskan masa bersama keluarga. Yang penting masa itu digunakan sebaiknya.

Minggu ini kami tidak dapat melawat anak-anak di Behrang. InsyaAllah minggu depan, kami akan mencari masa untuk pergi melawat.