Monday, March 30, 2009
Melawat Hazim dan Halimi
Saturday, March 28, 2009
Mesyuarat Jemaah Pengurusan KAFA Integrasi Kg. Kuantan
Fatimah Menghadiri Kem Bestari Solat
Anak Perempuan Husni
Pada 26 Mac 2009, Husni sekeluarga telah berkunjung ke rumah saya. Buat pertama kali saya berjumpa dengan anak perempuannya Nur Amirah yang kini berusia lebihkurang 4 bulan. Sungguh comel dan boleh mesra dengan sesiapa sahaja.
Friday, March 27, 2009
Mengajar Semula
Dari IPSAH, saya tiba di rumah malam sebelum hari persekolahan bermula. Alhamdulillah, saya cukup sihat untuk meneruskan tugas pada keesokan harinya. Kalau difikirkan semula macam tak percaya saya boleh berjaya meneruskan 9 hari tersebut. Kuliah bermula dari seawal 7.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dengan 2 ujian dan 2 peperiksaan pula. Cuma kesal kerana tidak dapat memasak untuk anak-anak yang balik dari asrama. Bahkan saya tidak berjumpa langsung dengan Hazim. InsyaAllah hari Ahad ini saya akan berkunjung ke asrama mereka.
Kursus Usahawan Negeri Selangor
Pada 21 Mac 2009, suami saya telah menghadiri kursus tersebut bertempat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu.
Tuesday, March 24, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Berada di IPSAH
Pada 14 - 22 Mac saya meneruskan pengajian saya di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Pada 18 Mac saya akan menghadapi ujian PTK di Sungai Petani. Pada 19 Mac pula akan menghadapi Ujian Akhir Kursus manakala pada 21 dan 22 Mac akan menempuh peperiksaan. Alhamdulillah assignment telah pun siap dan hantar. Cuma folio saja yang perlu dikemaskini.
Friday, March 13, 2009
Sambutan Harijadi Fatiha di Kelas Prasekolah
Balik Ke IPSAH
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan pertengahan semester 1 di mana mulai esok sekolah akan bercuti selama 9 hari. Bagi saya, ini bermakna saya harus kembali ke IPSAH untuk meneruskan pengajian saya. Tengahmalam ini saya akan naik bas ekspress dengan 3 orang rakan lagi menuju ke Sungai Petani. Insyaallah kami akan tiba lebihkurang jam 5 pagi. Kuliah akan bermula jam 4.00 petang. Alhamdulillah di saat akhir saya berjaya menyiapkan assignment. Selain dari kuliah setiap hari, saya juga akan menghadapi 2 kertas ujian dan 2 peperiksaan. Semoga saya sihat dan mampu untuk meneruskan perjuangan ini.
Tuesday, March 10, 2009
Sambutan Harijadi Fatimah dan Fatiha
Selamat harijadi, anak-anakku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera!
Monday, March 9, 2009
Berbudi Pada Tanah
Semasa berada di Gopeng, kami mengambil kesempatan untuk menanam serai yang kami sengaja bawa dari rumah. Hasrat hati kami agar tanah peninggalan Allahyarham ayah saya dapat dimanafaatkan. Tanahnya agak luas dan sesuai untuk pertanian. Sebenarnya tanah tersebut telah dipindahmilik kepada adik bongsu saya tapi dia sendiri tidak menetap di situ. Yang tinggal di situ adalah abang saya yang sulung. Pada dialah kami harapkan supaya dapat mengerjakan tanah tersebut. Tanaman serai ini untuk permulaan sahaja. Nanti bolehlah tambah tanaman yang lain pula.
Hari Sukan Sekolah Hazim dan Halimi
Pada hari Ahad 8 Mac 2009, kami sekeluarga telah ke Behrang untuk menyaksikan sukan tahunan sekolah Hazim dan Halimi. Selepas sukan dan makan tengahari di sekolah tersebut, kami membawa mereka ikut balik ke kampung saya di Gopeng, Perak.
Sunday, March 1, 2009
Hazim dan Halimi Balik ke Rumah
Pada 26 Februari, Hazim dan Halimi telah balik ke rumah. Alhamdulillah sepanjang 4 hari mereka di rumah, saya melihat ada perkembangan yang positif kesan dari bersekolah di Maahad At-Taufikiyah. Terutama Halimi, perubahannya memang amat ketara. Dia tidak lagi asyik mengusik adik-adiknya. Tidak lagi suka marah-marah, menjerit, memaki-maki adik-beradiknya.
Di sekolah tersebut juga mereka ada belajar komputer. Mereka dah buat email masing-masing. Malahan Halimi telah membina blognya sendiri.
Pada 13 - 15 Mac 2009 nanti, Hazim akan mewakili sekolahnya ke Pertandingan Catur di Alor Setar, Kedah.
Minggu depan pula kami akan datang lagi ke Behrang untuk menghadiri sukan tahunan sekolah mereka yang diadakan di padang sekolah rendah yang berdekatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)