Monday, August 24, 2009

Kuliah di IPSAH

Pada 23 Ogos 2009, kuliah saya di IPSAH bermula selama 5 hari. Suasananya lain sedikit kerana ini pertama kali kami berkuliah dalam suasana Ramadhan. Alhamdulillah saya sihat dan tiada masalah kesihatan untuk menghadiri kuliah dan menyiapkan kerja kursus yang perlu dihantar pada 27 Ogos 2009.


Tuesday, August 18, 2009

Dapat Kunci Rumah Baru

Pada 15 Ogos 2009, saya telah menerima kunci bagi rumah baru kami di Serendah Makmur. Selepas mengambil kunci, kami masuk ke rumah bagi memeriksa dan melaporkan kerosakan.

Memeriksa tingkap bagi memastikan ia berkeadaan baik.

Fatimah dan Fatiha seronok kerana akan dapat sebuah bilik yang dikongsi berdua.

Wednesday, August 12, 2009

Menjemput Hazim dan Halimi dari asrama

Petang semalam saya dapat panggilan dari Halimi mengatakan Hazim demam dan ingin pulang ke rumah. Perasaan keibuan menggamit saya untuk terus bersiap untuk menjemputnya. Saya juga mengerahkan Edi untuk turut bersama. Kalau nak tunggu suami saya, malam baru boleh pergi menjemput.

Sampai di sana, saya lega bila mendapati badan Hazim tidak panas. Mungkin perasaannya saja yang 'demam' melihat kawan-kawan seorang demi seorang balik dijemput oleh keluarga akibat demam. Saya mendapati sesi pembelajaran di sekolah pun tidak dapat dilaksanakan kerana pelajar yang tinggal terlalu sedikit. Selepas bercakap dengan Tuan Pengetua, saya pun membawa kedua beradik ini balik.

Friday, August 7, 2009

Kem 1 Malaysia

Berikut adalah gambar-gambar Amirul semasa mengikuti kem tersebut.




Tuesday, August 4, 2009

Amirul Menerima Sijil Penyertaan Kem 1Malaysia

Pada 3 Ogos 2009, Amirul dan 9 orang rakannya telah menerima sijil atas penyertaannya dalam Kem 1Malaysia di Tanjung Karang. Kem 4 hari telah dijalankan pada 27 hingga 30 Julai 2009. Saya berbangga kerana Amirul terpilih menjadi duta kecil sekolah. Syabas Amirul!

Sambutan Harijadi Halimi

Hujung minggu yang baru lepas, Hazim dan Halimi balik dari asrama. Saya dan suami merancang untuk mengadakan sambutan harijadi Halimi dengan membelikan makanan kegemaran mereka. Malangnya malam yang dirancangkan itu suami saya balik lewat hinggakan dia sendiri hampir terlupa jika saya tidak mengingatkan. Akhirnya kami pun membuat sambutan harijadi pada pukul 12.00 tengahmalam. Halimi dan Amirul yang telah terlelap terpaksa kami bangunkan.

Selamat Harijadi Halimi,
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera.
Semoga jadi anak yang soleh, abang yang disayangi dan pelajar yang cerdas.