Tuesday, July 28, 2009

Amirul Menghadiri Kem 1 Malaysia

Pada 27 hingga 30 Julai 2009, Amirul dan sembilan orang lagi rakan-rakan telah terpilih untuk mewakili sekolah bagi mengikuti Kem 1 Malaysia anjuran PPD Hulu Selangor bertempat di Pusat Ko-kurikulum Tanjung Karang Kuala Selangor.

Friday, July 24, 2009

Kursus Kajian Tindakan

Selepas habis kursus di Ulu Kenas, baru sehari saya bersama anak murid, dapat pula kursus 3 hari di Lembah Beringin. Kursus Kajian Tindakan ini saya tau adalah kursus yang 'berat'. Saya perlu menjadi seorang pemikir dan seorang pengarang yang baik untuk penghasilan yang bermutu. Sesekali 'minyak cap kapak' jadi teman bila kepala menjadi pening.

Thursday, July 23, 2009

Lagi Gambar di Kem Bina Negara Ulu Kenas

Semalam saya menerima emel dari ketua kumpulan saya semasa Kursus Bina Negara tempohari iaitu Pn. Nor Anin. Beliau mengirimkan beberapa gambar semasa kursus. Saya paparkan gambar tersebut di bawah.



Dari kiri: Noralida, Husna, Junaidah, Azizan, Sabari, Tn Hj. Hamidi (Fasilitator), Zamri, Norsidah, Roslinah, Nor 'Anin dan Salwani.

Saturday, July 18, 2009

Kursus Bina Negara Asas

Pada 15 hingga 18 Julai 2009, saya telah menghadiri kursus tersebut bertempat di Kem Ulu Kenas Kuala Kangsar Perak. Kursus diadakan untuk guru-guru cemerlang negeri Selangor dan kursus ini adalah dalam kohot yang pertama.

Banyak pengetahuan, pengalaman yang dapat dikongsikan bersama semasa berada di sana. Terasa betapa banyaknya kekurangan diri ini bila bersama guru-guru cemerlang yang hebat-hebat belaka.

Saya bersama Norita Idris, Guru Cemerlang Sains dari SK Ulu Yam Lama. Terimakasih diucapkan kepada Norita kerana sudi menumpangkan saya dalam perjalanan pergi dan balik.

Semasa di kem, saya bertemu semua dengan rakan semaktab, iaitu Noriah.

Monday, July 13, 2009

Suatu Kejutan

Pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah, saya menerima kejutan apabila menerima hadiah harijadi sumbangan Kelab Guru dan Kakitangan sekolah. Hadiah disampaikan oleh guru besar.

Saya juga menerima sms ucapan dari rakan dan adik saya. Sebelah malam, anak-anak merestui saya dan suami keluar untuk makan malam bagi meraikan harijadi saya. Balik ke rumah, anak-anak telah menunggu dengan hadiah. Terimakasih kepada semua.

Kursus Tarian

Pada 11 Julai 2009, saya telah mengikuti Kursus Asas Senitari anjuran Unit Prasekolah PPD Hulu Selangor bertempat di SK Antara Gapi. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyediakan guru-guru prasekolah untuk melatih murid-murid untuk Karnival Pendidikan Prasekolah.

Sebenarnya sayalah yang berusaha untuk mencari jurulatih bagi kursus tersebut. Alhamdulillah kursus dijalankan dengan jayanya dan nampaknya ramai yang berminat.

Bersama dengan Kak Madiah, jurulatih tarian yang juga berasal dari tempat yang sama dengan saya. Kami juga belajar di Sekolah Menengah yang sama.

Thursday, July 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafiz - Farizan

Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga. Kami tidak dapat hadir pada hari bersejarah itu kerana Ateh bekerja pada hari tersebut.

Saturday, July 4, 2009

Pertandingan Tadikarama

Pada 4 Julai 2009 saya membawa 10 orang murid saya ke Pertandingan Tadikarama anjuran Perpustakaan Awam Selangor Kuala Kubu Bharu. Turut mengambil bahagian adalah Fatiha. Murid-murid saya telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut.

Berbagai gelagat dan aksi Fatiha.


Hazim dan Amirul turut saya bawa sebagai jurufoto dan video.


Saya bangga kerana Fatiha bersungguh-sungguh semasa pertandingan.


Beberapa ibu murid turut hadir memberi sokongan.